SIK, 10 APRIL 2019 – Ibu tunggal, warga emas, anak yatim, OKU, dan sebagainya bukanlah satu tiket khusus bagi mereka untuk mendapatkan dan menerima bantuan daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah, kerana Umum terlebih dahulu harus memahami siapakah asnaf zakat yang sebenarnya.

Bantuan bulanan zakat dikhususkan kepada asnaf fakir dan miskin. Sekiranya ibu tunggal, warga emas, atau anak yatim berkenaan tergolong dalam asnaf miskin, maka mereka layak menerima zakat.

Masyarakat juga harus faham takrifan sebenar asnaf fakir miskin, dimana ukuran kelayakan mestilah berpandukan sistem had kifayah.

Sebagai contoh, warga emas yang kelihatan uzur tetapi mempunyai anak yang bekerja guru dengan pendapatan RM5000 sebulan. Ibu tunggal yang menerima insurans dan socso kematian arwah suami sehingga RM100 ribu.

Selain itu, ada individu OKU, dimana warisnya mempunyai pendapatan lumayan. Ini antara contoh, golongan terbabit yang bukanlah dikategorikan sebagai asnaf miskin.

Namun, sekiranya ibu tunggal, warga emas, OKU, dan anak yatim itu miskin maka barulah mereka layak untuk menerima zakat.

Berikut merupakan antara intipati pertemuan empat mata antara pegawai zakat Sik, ustaz Khairul bersama penolong amil qariah dan 172 penerima bantuan bulanan zakat di masjid Kampung Sungai Pau membabitkan penerima dari qariah Masjid Sungai Pau, Cemara, Felda Teloi Timur dan Berona.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”