KUBANG PASU, 20 OGOS 2018 – Bahagian Pembangunan Asnaf (BPA) yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf, Kapten (B) Abdul Nasir Hasan bersama kakitangan beliau Jamaly Juwardy Jaafar,  telah mengadakan satu perjumpaan dan perbincangankhas bersama Imam Masjid Al-Muttaqin Jitra, Haji Azizan Ahmad berkaitan projek-projek pembangunan asnaf yang akan dilakukan di sekitar masjid-masjid seluruh negeri Kedah.

“Alhamdulillah, kunjungan pihak BPA disambut mesra dan mendapat kerjasama yang amat baik daripada Tuan Imam, selain itu beliau juga amat setuju dan mengalakkan jika perbanyakkan projek-projek dan program bersama asnaf di masjid”

“Hal ini kerana, dengan kaedah sebegitu, secara tidak langsung kita dapat mengimarahkan lagi masjid dengan aktiviti dan program yang berfaedah” katanya

Menurut Kapten (B) Abdul Nasir katanya, “Ini adalah projek pembangunan asnaf pertama yang akan dijalankan di masjid dan menjadi satu medium tarikan masyarakat mendekati masjid melalui projek-projek yang bakal dijalankan”.

Selain itu, Kapten (B) Nasir mengharapkan hasil kerjasama yang diberikan oleh pihak masjid berkaitan projek-projek pembangunan asnaf yang bakal dilaksanakan ini berjalan dengan lancar dan jayanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf