LANGKAWI, 20 OGOS 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Langkawi telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Bantuan kepada (Muallaf) Saudara Baru bagi Daerah Langkawi baru-baru ini.

Dalam majlis tersebut sebanyak RM 44,000.00 telah diagihkan kepada 17 orang saudara baru bagi bantuan permulaan dan juga bantuan perkahwinan.

Majlis penyerahan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Pengurusan dan Pembangunan Muallaf Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ustaz Mohd Naim dan turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua PERKIM Daerah Langkawi, Dato’ Mansor Ismail.

Menurut Dato’ Mansor, beliau sangat menghargai usaha yang dilakukan oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam membantu dan membela nasib para saudara baru yang memeluk agama islam, selain itu beliau amat berharap agar dapat bersama-sama membangunkan para muallaf dengan ilmu-ilmu dan ajaran agama islam yang betul dan sempurna.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf