AHAD, 28 JUN 2020 – Baru-baru ini Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkesempatan meninjau dan merasmikan projek MYH.a.u.s. di Kampung Padang Rambong, Baling.
⁣⁣
MYH.a.u.s adalah akronim daripada Harta Wakaf Untuk Semua. Dengan tema Is’ad Al-Usrah iaitu membahagiakan dan menceriakan keluarga, program di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) ini menyediakan bantuan kewangan melalui dana wakaf bagi membolehkan kumpulan sasar mendiami rumah yang lebih selamat dan selesa berbanding tempat kediaman terdahulu. ⁣⁣
⁣⁣
Hj. Yahya, pemilik rumah ini kelihatan amat gembira dengan rumahnya yang sedang dibaikpulih ini. Matlamat program ialah untuk meningkatkan dengan segera kualiti hidup mereka secara fizikal dan spiritual.

Komponen projek di bawah MYHaus terbahagi beberapa kategori antaranya membina semula rumah / bina baharu,  membaikpulih rumah dan  membaiki kerosakan rumah. Semuanya bakal disiapkan dalam tempoh lebih kurang 10 hari sahaja. ⁣⁣
⁣⁣
Dalam masa yang sama, program pendidikan kerohanian,  menurut Islam dan kesedaran sivik ditekankan kepada isi rumah agar pembangunan yang seimbang dapat dikecapi. ⁣

Program MYH.a.u.s ini melibatkan kerjasama strategik Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, pihak berkuasa agama negeri, wakil rakyat, syarikat-syarikat GLC dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak-pihak yang berkepentingan.⁣⁣


⁣⁣
Dalam pada itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menzahirkan  ucapan sekalung penghargaan kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) khususnya Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman atas kerjasama yang erat dalam menjayakan MYH.a.u.s di Negeri Kedah Darul Aman. ⁣⁣
⁣⁣
Turut hadir sama dalam program tersebut Exco Kerajaan Negeri yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Kedah, Briged Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad, dan 
Ahli Parlimen Baling, YB Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim,

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”