ISNIN, 29 JUN 2020 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) diiktiraf sebagai institusi pemungut zakat yang termoden di Malaysia dengan pembangunan insfrastruktur dan kemudahan teknologi terkini, sistematik dan berintegriti yang tinggi.

Pengiktirafan tersebut dizahirkan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri di Menara Zakat Negeri Kedah (LZNK) di sini, hari ini.

Data-data yang disiarkan oleh LZNK secara jelas dan tepat dapat membantu pihak amil, pembayar zakat dan orang ramai memahami dengan lebih lanjut tentang tatacara pembayaran zakat individu atau zakat perniagaan.

“Sistem yang dikemukakan dengan pelbagai aspek tersebut bukan semata-mata zakat tetapi juga gabungan kepada wakaf dan lain-lain yang berkaitan zakat bermula dari pembayaran zakat seterusnya kepada pemprosesan sehingga ianya kembali kepada golongan asnaf.

“Sejujurnya, saya mengucapkan terima kasih kepada LZNK yang telah membangunkan satu sistem yang baik dan mungkin boleh ditambah baik lagi dan inilah satu usaha yang patut dipuji,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mendengar taklimat khas oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZNK , Syeikh Zakaria Othman dalam rangka Lawatan Khas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dan Delegasi Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan di Menara Zakat Negeri Kedah.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato’ Paduka Ammar Dato’ Shaikh Mahmood Naim; Mufti Negeri Kedah, Dato’ Paduka Syeikh Fadzil Awang dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Agama), Brigedier Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”