KULIM, 06 OGOS 2018 – Nasi ayam kukus berempah merupakan salah satu hidangan popular bagi masyarakat Malaysia umunya. Hidangan yang ringkas menjadi pilihan ramai penggemar terutama bagi mereka yang sedang mengejar masa.

Menu makanan ini cukup mudah iaitu hanyalah nasi putih yang dikukus berlaukkan ayam goreng berempah panas beserta kuah.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak telah menyerahkan bantuan zakat di bawah skim jayadiri bagi modal perniagaan yang bernilai RM4,000.00 kepada Mohd Jazmi Ahmad yang mengusahakan nasi kukus ayam berempah.

Mohd Jazmi merupakan orang kurang upaya (OKU) yang telah mengusahakan perniagaan tersebut bersama isterinya sejak awal tahun 2018.

Turut hadir sama dalam penyerahan bantuan tersebut, Ketua Unit Pembangunan Ekonomi Asnaf, Jamaly Juwardy Jaafar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf