BANDAR BAHARU, 06 OGOS 2018 – Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu melalui Penolong Pegawainya, Muhammad Fitri Abdul Aziz serta Bahagian Pembangunan Dan Penyelenggaraan (LZNK), Mohamad Faiz Md Jalil baru-baru ini telah berkesempatan turun padang bagi membuat penilaian semula kos untuk baik pulih rumah.

Difahamkan, jumlah bilangan rumah yang dinilai untuk kos baik pulih ni adalah sebanyak 5 buah rumah manakala Qaryah yang terlibat ialah Qaryah Serdang, Qaryah Air Putih dan Qaryah Chelong.

Menurut Mohamad Faiz, kos baik pulih rumah bagi tahun 2017 telah menelan belanja sebanyak RM 265,376.00.

Manakala, jumlah kos bagi agihan bantuan untuk keseluruhan tahun 2017 adalah sebanyak RM 4,142,960.08.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf