KUALA MUDA, 06 OGOS 2018 – Melihatkan kepada kedudukan restoran ini yang terletak di kawasan kampung di pinggir kota, tiada siapa menjangka jumlah pengunjung yang datang begitu ramai sekali.

Sambutannya sangat memberangsangkan dan nama restoran ini juga semakin meniti di bibir mereka yang suka mengembara sambil mencari makanan.

Ada yang sanggup memandu beratus kilometer semata-mata mahu merasai sendiri kelazatan Mee Udang Pak Saad Turun Temurun di daerah Kuala Muda ini yang dimiliki oleh Md Saad Ku Ahmad yang tinggal di Kampung Bakar Kapor, Sungai Petani Kedah.

Md Saad telah menjalankan perniagaan Mee Udang dan masakan panas sejak beberapa tahun yang lalu. Permintaan pelanggan agak menggalakkan dari masa ke semasa, namun begitu, di atas faktor kekurangan peralatan yang lengkap dan masalah kesihatan yang kurang baik telah membataskan perniagaan Mee Udang yang diusahakannya.

Mendengar keluhan Md Saad (PZD) Kuala Muda tampil bagi membantu beliau dengan bantuan peralatan yang diperlukan untuk perniagaan beliau.

Terdahulu, Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda telah menyerahkan bantuan jayadiri berupa ‘3 BURNAL KWALI’ kepada Md Saad bagi membolehkan beliau menjana pendapatan yang lebih dengan perniagaan Mee Udang yang diusahakan olehnya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf