KULIM, 8 MEI 2019 – Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim (PZDKL) melalui pegawainya, Ustaz Mohd Khairi Ishak telah berkesempatan turun menyantuni sebuah keluarga yang tinggal di Kampung Sungai Badak, Kelang Lama pada baru-baru ini.

Saad Idi Ismail, 40, dan isterinya Rohayati Rashid, 36, merupakan pasangan Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran dan Percakapan.

Ketua keluarga ini bekerja sebagai pembantu kedai makan bagi menampung perbelanjaan keluarganya seharian.

Selain itu mereka juga merupakan penerima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM 300.00 dan wang tersebut digunakan untuk menampung kos sewaan rumah mereka sebanyak RM 100.00 sebulan.

Mereka turut memiliki dua orang anak lelaki yang berumur tujuh dan tiga tahun.

Menurut Ustaz Mohd Khairi Ishak semasa ditemui berkata, pihaknya akan meneliti maklumat keluarga ini dengan lebih lanjut dalam usaha membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Dalam masa sama satu kit bantuan makanan asas turut disalurkan oleh Ustaz Mohd Khari Ishak kepada Saad Idi.

Bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada keluarga ini setelah proses dokumentasi diselesaikan.

Masyarakat turut digalakkan untuk menyalurkan maklumat berkaitan asnaf kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah dalam usaha membantu golongan ini mengharungi kehidupan yang lebih baik. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”