BALING, 17 SEPTEMBER 2018 – Sebanyak 6 buah keluarga asnaf telah disantuni oleh Pejabat Zakat Daerah Baling di sekitar Kariah Dalam Wang, Baling Kedah baru-baru ini.

Menurut Pegawainya, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul Abidin, program ini bertujuan untuk mengenalpasti dan memantau semula penerima-penerima zakat sedia ada.

Menurut Hassnan Hafiz, sebanyak 4 daripada 6 buah keluarga akan terpilih dibawah bantuan Corporate Sosial Responsibility (CSR) oleh Majlis Amanah Rakyat MARA yang akan di adakan tidak lama lagi.

Namun begitu, daripada 6 buah keluarga ini terdapat beberapa keluarga yang telah menerima bantuan seperti bantuan bulanan dan bantuan sarahidup daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Turut bersama dalam program ini ialah Penolong Amil Kariah Masjid Dalam Wang, Ustaz Salman Shahabudin dan Pegawai Majlis Amanah Rakyat (MARA) Daerah Baling, Muhd Hassnan Hafiz.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf