PADANG TERAP, 25 APRIL 2019 – Pejabat Zakat Daerah Padang Terap baru-baru berkesempatan menyantuni Keluarga Muhammad Sukri Md Saman dan Mohd Najiyuddin Md Hassan Dari Kariah Kampung Masjid, Naka.

Pejabat Zakat Daerah Padang Terap telah Menerima Laporan Daripada Penolong Amil kariah yang menyatakan bahawa rumah mangsa ditimpa bencana ribut, susulan itu PZD Padang Terap tampil dengan segera bagi tujuan untuk melihat sendiri keadaan rumah mangsa sekaligus menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Padang Terap, Ustaz Juhan Mokhrij, PZD Pandang Terap akan mempertimbangkan bantuan susulan untuk disalurkan kepada mangsa sekeluarga bagi meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mereka.

Turut hadir sama dalam lawatan tersebut, Penolong Amil Kariah Kampung Masjid, Ustaz Hj. Abd Rani Salleh.

 350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”