KUALA MUDA, 5 MEI 2019 – Ketibaan bulan Ramadhan yang tinggal kurang dari sebulan amat dinanti-nanti oleh mereka yang beragama Islam.

Hal demikian kerana bulan Ramadhan merupakan bulan yang paling mulia dan penuh keberkatan dijanjikan oleh Allat S.W.T dengan segala macam nikmat dan keampunan dariNya. Bulan Ramadhan juga sinonim dengan kewajipan mengeluarkan zakat fitrah bagi semua mereka yang beragama Islam.

Berikutan itu, pihak Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda telah melakukan persediaan bagi menyambut bulan Ramadhan dengan mengadakan Majlis Pentauliahan dan Taklimat Amil Fitrah bagi tahun 1440H/ 2019M.

Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Al-Muttaqin, Taman Ria Sungai Petani, diantara mereka yang terlibat adalah dari kalangan imam daripa seluruh masjid dalam daerah Kuala Muda dan Ketua Amil Fitrah setiap masjid.

Majlis ini bertujuan memberi penerangan berkaitan gerak kerja kutipan zakat fitrah, aspek kewangan secara khusus, penerangan berkaitan hukum-hakum zakat fitrah disamping menguruskan sesi soal jawab.

Terdahulu, Ketua Bahagian Penyelidikan LZNK , Ustaz Abdul Hadi Abdul Majid, telah menyampaikan surat tauliah perlantikan amil fitrah untuk digunakan sepanjang bulan Ramadhan.

Pihak LZNK memandang serius berkaitan gerak kerja amil fitrah dalam memastikan kutipan zakat khususnya zakat fitrah pada tahun ini akan mencapai tahap optimum.

Peningkatan kutipan zakat sekaligus akan memberi kesan kepada pengagihan bantuan zakat kepada asnaf yang berkelayakan.

Pihak LZNK juga mengingatkan kepada semua masyarakat agar menunaikan zakat fitrah kepada amil-amil fitrah yang dilantik yang menerima tauliah dari pihak LZNK.

LZNK juga menyarankan agar masyarakat tidak bertangguh dalam melakukan pembayaran zakat bagi mengelakkan kesukaran pada masa akan datang.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”