KULIM, 14 JANUARI 2020 – Penderitaan pesakit kanser usus tahap 4 yang tinggal menumpang di rumah kakaknya mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim.

Baru-baru ini, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak bersama kakitangannya menziarahi beliau di Taman Berlian, Kulim.

Beliau yang berusia 40-an itu pernah mendirikan rumah tangga dan mempunyai sembilan orang anak, namun segalanya hanya tinggal kenangan setelah beliau disahkan menghidap penyakit kanser dua tahun yang lalu.

Prihatin akan nasib yang ditanggung adiknya (pesakit) ini, kakaknya memikul tanggungjawab menjaga beliau di rumahnya. Memandangkan beliau dan suami (abang ipar pesakit) bekerja, mereka mendapatkan pertolongan anak saudara mereka yang tinggal berhampiran untuk menguruskan keperluan diri pesakit sepanjang waktu bekerja.

Menurut pesakit semasa ditemui berkata, keadaan dirinya semakin teruk sejak kebelakangan ini memandangkan perutnya telah ditebuk dan sudah tidak mampu berdiri.

Setiap minggu beliau akan dibawa ke hospital menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan dan kimoterapi. Malahan, untuk memudahkan urusan penjagaannya, beliau perlu memakai lampin dewasa serta membeli susu khas yang mahal harganya.

Simpati di atas ujian yang menimpa beliau, Ustaz Mohd Khairi memberikan satu kit bantuan kepada beliau bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga ini dan bantuan susulan akan disalurkan kepada mereka setelah segala proses dokumentasi dilengkapkan.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”