BALING, 13 JANUARI 2020 :- Sistem ‘Zakat On Touch’ (ZOT) kini semakin mendapat sambutan dan diperluas kepada orang ramai, termasuk para Penolong Amil Daerah Baling.

Walaupun aplikasi ‘Zakat On Touch’ (ZOT) baru sahaja diperkenal dan dilancarkan oleh Lembaga Zakat negeri Kedah, namum aplikasi itu sudah menjadi bahan perbualan seluruh rakyat Malaysia pada hari ini.

Hal ini kerana, aplikasi tersebut merupakan aplikasi yang pertama dilancarkan oleh LZNK dalam memudahkan pengurusan masyarakat setempat dalam urusan menyemak status bantuan, melihat data terkini kutipan zakat seluruh negeri Kedah, melaporkan mengenai asnaf yang memerlukan bantuan serta pelbagai lagi.

Selain dari itu, para penolong amil juga menjadi perintis dan bersedia mengunakan aplikasi atas talian, Foodbank untuk merekod inventori pengurusan foodbank hanya mengunakan telefon pintar sahaja.

Terbaharu, satu sesi taklimat sistem ZOT telah disampaikan oleh wakil Jabatan Teknologi Maklumat dan Jabatan Agihan LZNK kepada 15 orang Penolong Amil sebagai perintis untuk mula mengakses data dan laporan penggunaan ZOT di Daerah Baling.

Bukan itu sahaja, malahan setiap penerima bantuan foodbank akan direkod terus hanya mengunakan telefon pintar sahaja dimana sebelum ini, ia direkodkan secara manual.

Apa yang menarik lagi mengenai aplikasi ini, inventori ini juga dibangunkan dengan fungsi pengimbas kad pengenalan diri (mykad) bagi mempercepatkan proses merekod maklumat.

Foodbank masjid Jeneri, masjid Sik Dalam dan masjid Kuala Ruman merupakan masjid perintis dalam negeri Kedah mengunakan aplikasi atas talian untuk pengurusan inventori foodbank.

Orang ramai juga boleh terus memuat turun aplikasi ZOT untuk mendapatkan maklumat semasa berkaitan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”