YAN, 16 OKTOBER 2018 – Mohd Firdaus Ibrahim, 33 tahun merupakan seorang pengusaha bengkel besi sejak beberapa tahun yang lalu. Beliau yang mempunyai 3 orang anak tanggungan serta seorang isteri tinggal di rumah sewa di alamat No. 149 batu 16 Padang Lumat, Yan Kedah.

Difahamkan, perusahaan bengkel besi beliau mendapat tarikan pelanggan di sekitar Daerah Yan. Namun, permintaan pelanggan tidak dapat dipenuhi sepenuhnya disebabkan peralatan bengkel yang terhad.

Berikutan hal itu, Pegawai Pejabat Zakat Daerah Yan tampil untuk meninjau perusahaan yang dijalankan dan melihat apakah jenis peralatan yang masih diperlukan bagi memajukan perniagaan Firdaus.

Dalam pada itu, Firdaus mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah dan juga para pembayar zakat di negeri ini.

Diharapkan juga semoga dengan wujudnya Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) ini dapat membantu usahawan muda yang ingin memajukan diri supaya keluar daripada kepompong kemiskinan sekiranya menepati syarat-syarat bantuan yang telah digariskan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf