PENDANG, 15 OKTOBER 2018 – Susulan hujan lebat yang melanda daerah Pendang pada lewat petang baru-baru ini telah menyebabkan seramai hampir 6 buah keluarga terjejas tempat tinggal mereka berikutan banjir.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Batu Hampar Kanan, Kampung Sukamari dan Kampung Seberang Pendang.

Rentetan itu, Pejabat Zakat Daerah Pendang telah menziarahi dan menyantuni keluarga yang terlibat di Dewan Serbaguna Cenderawasih, Pekan Pendang.

Menurut pegawai zakat pendang, Mohd Nasri Abdul Ghani, pihak zakat turut menyalurkan bantuan yang berupa kit bantuan segera serta sejumlah beras untuk bekalan makanan di penempatan sementara buat mangsa banjir.

Manakala,turut bersama dalam membantu operasi ini ialah, Adun Tokai, YB Dato’ Dr Hj Mohd Hayati Othman, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ,dan pihak sukarelawan yang lain turut membantu menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf