SIK, 23 JANUARI 2020 – Tugas dan Jawatan sebagai penolong amil bukanlah satu jawatan yang mudah untuk dipikul, Malahan tugas mereka perlu digalas dengan penuh tanggungjawab dan beban dibahu kerana tugas penolong amil melebihi daripada segala aspek.

Dari sesi temuduga kecil asnaf, pemeriksaan dokumen, menghantar borang ke pejabat zakat sehingga pemantauan penerima bantuan selepas menerima wang zakat. Malahan, ada penolong amil menganjurkan majlis kerohanian bersama asnaf agar jiwa juga tidak miskin.

Terdahulu Pegawai Zakat Daerah Yan, Haji Mohd Khairul Nizam berkesempatan meninjauh dan menziarahi beberapa kediaman asnaf di sekitar Kampung Merbau Kudung bersama Penolong Amil kariah Masjid Merbau Kudung, Ustaz Ramli atau mesra disapa dengan panggilan Pak Teh Ramli.

Beliau merupakan seorang yang sangat tegas dalam urusan kerjanya, meskipun umurnya kini semakin dimamah usia namun semangatnya dalam menolong asnaf dan mengambil berat soal kebajikan anak-anak kariahnya harus dijadikan teladan.

Dengan hanya bermotosikal, beliau sanggup meredah masuk kebun getah dan sekitar kampunya tanpa tidak mengira hujan mahupun panas asalkan anak-anak kariahnya tidak belenggu kemiskinan dan dapat menerima manfaat bantuan khusus daripada Lembaga Zakat Negeri Kedah.

Begitulah sedikit sebanyak tugas yang dipikul oleh penolong amil yang dilantik dari individu yang mendapat sokongan mesyuarat jawatankuasa masjid samada terdiri dari imam, pegawai masjid atau jawatankuasa masjid.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”