SIK, 28 JANUARI 2020 :- Kebanyakan masyarakat beranggapan tugas sebagai penolong amil hanya dilantik para ustaz, warga kampung atau mereka yang sudah bersara. Namum begitu, kenyataan tersebut tenyata kurang tepat.

Penolong amil yang dilantik tergolong dalam pelbagai pengalaman, kemahiran dan ada juga daripada golongan profesional.

Sebagai contoh penolong amil Kampung Cemara, Sik. Beliau merupakan seorang penolong amil yang amat prihatin dengan keadaan semasa anak-anak khariah di sekitar kampungnya dengan dan amat mementingkan kebajikan asnaf-asnaf di kawasan tersebut.

Sobri Awang atau mesra dengan sapaan Pak Long Bri seorang yang senantiasa kelihatan kemas, bersih dan berdisiplin, ini kerana beliau merupakan salah seorang pesara Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM).

Seringkali ada makluman mengenai asnaf yang perlukan bantuan di kariahnya atau mengalami apa-apa masalah dan musibah, beliau dengan pantasnya terus bergegas bagi menziarahi dan melihat sendiri keadaan anak-anak khariahnya.

Terdahulu, beliau turut berkongsi aktiviti rutin mingguan beliau dengan meronda sekitar kampungnya dan ziarah selain mengagihkan bantuan “Food Bank” Lembaga Zakat Negeri Kedah kepada asnaf-asnaf.

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”