KULIM, 01 OKTOBER 2018 – Kisah yang tular hanya melalui aplikasi Whatsapp tentang kehidupan dialami oleh Suhaimi Mat Daud,44 di Kampung Sungai Limau, Lunas telah mendapat perhatian Pejabat Zakat Daerah Kulim.

Menurut pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak, sebaik sahaja pihak zakat menerima maklumat berkenaan Suhaimi dan keluarganya, pihak zakat telah bertindak pantas untuk menziarahi dan melihat sendiri keadaan kehidupan yang dialami oleh keluarga itu. Tindakan sebegini supaya dapat mengelakkan pihak zakat daripada dikecam oleh masyarakat diluar sana jika dibiarkan kisah ini berlarutan.

Hasil temubual bersama Suhaimi, didapati bahawa beliau dan isteri merupakan penerima bantuan kewangan daripada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM 400 sebulan.

Suhaimi yang bekerja di sebuah kedai makan itu juga mempunyai pendapatan sebanyak RM400 sebulan bagi menyara seorang anaknya yang berumur 12 tahun. Selain itu, gaji tersebut turut digunakan bagi membayar sewa rumah yang didiami oleh beliau sekeluarga dengan jumlah Rm130 sebulan.

Dalam lawatan itu, satu kit bantuan makanan asas telah diserahkan kepada keluarga ini bagi meringankan beban mereka oleh Pegawai Zakat Daerah Kulim dan disaksikan oleh Penolong Amil Kariah Sungai Limau, Ustaz Ismail Hassan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf