SIK, 19 SEPTEMBER 2018 – Susulan kisah yang tular di media sosial baru-baru ini berkenaan rayuan sumbangan pesakit kanser LimfomaPejabat Zakat Daerah Sik cakna dan bertindak pantas berkunjung ke rumah Hasdee, waris kepada adik Nurfarahanis untuk mendapatkan maklumat bagi kos rawatan pembedahan anaknya yang memerlukan kos sebanyak RM 20,000.00.

Berdasarkan maklumat yang diberikan oleh Hasdee anaknya tidak di kenakan sebarang kos untuk pembedahan tersebut memandangkan anaknya masih belajar dan semua kos rawatan ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan.

Namun begitu, beliau masih memerlukan wang sampingan untuk menampung perbelanjaan beliau bagi tujuan berulang alik ke hospital bagi menjaga anaknya.

Mengikut rekod terdahulu, anak beliau telah menerima bantuan kewangan bulanan dari LZNK sejak bulan September 2015 sebanyak RM 600 atas penama Nur Farahannis Hasdee.

Disamping itu, beliau juga pernah menerima bantuan rawatan sekaligus RM 2000 pada bulan Ogos 2015, dan mengikut rekod terkini pada bulan Julai 2018 bayaran bantuan tersebut telah disalurkan atas nama ibu beliau Shaharon Che Amin sebanyak RM 400 sebulan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf