KULIM, 24 SEPTEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kulim telah mengadakan satu taklimat berkenaan dengan zakat emas dengan kerjasama Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) yang turut melibatkan hampir 30 orang kakitangan KEMAS daerah Kulim.

Menurut wakil Pegawai Zakat Daerah Kulim, Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) bergerak secara progresif dalam menyampaikan dakwah berkaitan zakat emas kepada masyarakat tentang kaedah pengiraan yang betul kerana ada segelintir masyarakat yang membayar zakat masih tidak mengetahui mengenai kaedah kiraan dan bayaran tersebut secara tepat.

Dalam masa yang sama, pihak zakat turut hadir ke premis jualan emas untuk memberikan perkongsian kaedah pengiraan zakat emas dan perniagaan kepada pemilik premis yang tidak menunikan zakat mereka melalui Lembaga Zakat Negeri dengan menggunakan kaedah yang tidak tepat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf