BALING, 31 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Baling, baru-baru ini telah mengadakan program Bakti Asnaf bagi Daerah Baling yang turut melibatkan 70 orang mahasiswa dan siswi dari pelbagai latarbelakang universiti di seluruh Malaysia.

Antara mahasiswa yang terlibat adalah daripada Universiti Islam Antrabangsa Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (UniSHAMS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Unisza, IPDA, UPSI, IQDAR, UITM cawangan Kedah, dan perwakilan mahasiswa Universiti luar Negara daripada Mesir, Jordan dan Indonesia.

Objektif program tersebut diadakan adalah untuk menyantuni Asnaf Zakat di kariah setempat sekaligus menyalurkan sedikit bantuan kit makanan asas.

Dalam program yang sama seramai 60 orang asnaf telah disantuni oleh mahasiswa dan siswi bagi kariah Kampung Tanjung Pari dan kariah Kampung Charok Puteh Mukim Siong. Program tersebut juga dijalankan untuk mahasiswa membuat kajian dan bancian khas berkaitan Sistem Had Kifayah disamping memperkukuhkan jalinan ukhwah diantara LZNK dan mahasiswa.

Turut hadir sama dalam program tersebut Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Agihan dan Pembangunan Asnaf, Ridzuan Ahmad, dan kakitangan Pejabat Zakat Daerah Baling.

Di samping itu, Mahasiswa dan siswi turut diberi peluang untuk melontarkan idea dan pandangan mereka mengenai zakat kepada Ketua Pegawai Eksekutif LZNK.

Dalam pada itu, Syeikh Zakaria berkata, “Kami membuka tangan, mengalu-alukan sebarang bentuk kerjasama dari mahasiswa untuk membangunkan asnaf di Kedah kearah memastikan setiap insan yang berhak, mendapat sentuhan Zakat ” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”