KULIM, 31 JULAI 2018 – Seorang kanak-kanak penghidap sakit urat saraf (CP) kini menerima sebuah kerusi roda khas daripada Pejabat Zakat Daerah Kulim.

Siti Nur Zulaikha Sheikh Mohd Zayyani atau panggilan manjanya Ika kini telah berusia sembilan tahun dan menerima rawatan fisioterapi dan TCA setiap tiga bulan sekali.

Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak berkata, keluarga kanak-kanak ini tidak berkemampuan untuk membeli kerusi roda khas tersebut kerana Sheikh Mohd Zayyani Sheikh Shatir, 35 tahun hanya bekerja sendiri.

Menurutnya, pemberian kerusi roda khas yang berharga lebih RM5,000 itu adalah untuk membantu memudahkan penjagaan adik Ika yang memerlukan penjagaan rapi.

“Ika disahkan menghidap CP sejak lahir dan tidak mampu bergerak sendiri, perlu bergantung kepada keluarga.

“Kita telah siasat latar belakang keluarga ini, memang mereka tiada pendapatan tetap kerana bekerja sendiri dan tak mampu nak beli kerusi roda khas untuk Ika.

“Jadi kita sumbangkan kerusi roda tersebut untuk memudahkan mereka menguruskan dan memberi keselesaan kepada anak istimewa itu” katanya.

katany, pihaknya juga turut memberi sokongan moral kepada ibu bapa Ika supaya lebih tabah menghadapi dugaan tersebut.

“Tidak mudah untuk jaga dengan penuh perhatian berbanding kanak-kanak sebaya Ika yang lain, tapi kita harap ibu bapanya tabah membesarkan kanak-kanak istimewa ini” katanya.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”