BALING, 22 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) telah mengadakan Program Jalinan Kasih dan Majlis Perkahwinan Saudara Baru Warga Orang Asli di Kampung Lubuk Lengong, Baling Kedah yang dihadiri seramai 400 orang.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut kita terus Bersama wartawan di lokasi syed Taqiyuddin, silakan.

Program yang berlangsung selama dua hari itu bersama penduduk orang asli ulu legong telah diisi dengan pelbagai program dan aktiviti antaranya acara sukaneka bersama anak-anak orang asli, kuiz fardu ain, tazkirah, aktiviti merewang dan memasak juadah untuk kenduri kahwin orang asli.

Selain itu, acara kemuncak program tersebut telah meraikan dua pasang pengantin saudara baru orang asli Sul Panjang Bersama pasangannya Sarina Kamis dan Zul Sani@Mekciyeh Bersama pasangannya Ramina Matang.

Menurut  Ketua Pegawai Eksekutif (LZNK), Syeikh Zakaria Othman, program ini akan dijadikan sebagai program tahunan Zakat Kedah, Hal ini kerana program seumpama ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim serta dapat bergaul dan bertukar pandangan bersama masyarakat Orang Asli khususnya.

Tambahnya lagi, dengan penganjuran program seperti ini juga, kita dapat mendekati masyarakat orang asli dengan lebih dekat lagi selain itu dapat menyebarkan dakwah islam terus kepada mereka.

Dalam pada itu Razali Kulim, Tok Batin Masyarakat Orang Asli Lubuk Lengong berkata,

“ Saya berasa amat gembira dan terharu kerana sepanjang saya bersama penduduk kampung orang asli ini menetap di sini sejak tahun 1952, ini merupakan julung kalinya program Jalinan Kasih ini diadakan bagi meraikan perkahwinan saudara baru orang asli”

“Terima kasih banyak-banyak kepada Lembaga Zakat Negeri Kedah kerana menganjurkan program yang sangat berfaedah seperti ini” katanya semasa ditemui di Program Jalinan Kasih.

Turut hadir sama, Pengarah  Jabatan Kebajikan Masyarakat Kedah, Azmi Abdul Karim,  Penyelaras Penggerak orang asli Negeri Perak/Kedah, Jabatan Agama Islam Negeri Perak, Pegawai Pembangunan Masyarakat Kemajuan orang asli Daerah hulu Perak, Baling, Mohd Azli Zain Rashid dan Tok Batin Masyarakat Orang Asli Lubuk Legong, Razali Kulim.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf