SINTOK, 22 NOVEMBER 2018 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) akan menaja 30 orang belia golongan asnad bagi mengikuti Program Kemahiran Industri Belia Asnaf di Kulim Hi-Tech Park, dalam usaha mengeluarkan mereka daripada kepompong kemiskinan.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman berkata, tajaan itu merupakan yang kedua selepas kejayaan program perintis di Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Utara di sini, sehingga melahirkan 64 pelatih berkemahiran tinggi bagi memenuhi pasaran pekerjaan.

Tambahnya lagi, LZNK kini sedang bekerjasama dengan Kulim Hi-Tech untuk  melatih 30 belia asnaf dan untuk tujuan itu sebanyak RM165,000.00 diperuntukkan dan program ini lebih istimewa apabila pelatih yang menamatkan kursus akan terus ditawarkan pekerjaan.

Selain itu mereka akan mendapat jaminan pekerjaan kerana kursus yang disediakan memenuhi tuntutan industry, beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Graduasi Belia Asnaf LZNK dan ABM Wilayah Utara di sini, semalam.

Seramai 64 orang pelatih menerima Sijil Kecekapan Kemahiran masing-masing yang membabitkan tujuh kursus antaranya jentera berat, pendingin hawa dan kimpalan.

Sementara itu, pelatih cemerlang, Mohd Fakhri Yusof, 26 tahun berkata, beliau berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk mengikuti program kemahiran itu dan kini sudah bekerja di Petronas Rapit Pengerang di Johor Bharu sebagai penyelia.

Tambahnya lagi, jika para remaja di luar sana lemah dalam bidang akademik janganlah berputus ada kerana bidang kemahiran pada masa kini cukup mendapat permintaan yang sangat tinggi.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf