SIK, 7 MEI 2019 – Dalam usaha mempergiatkan usaha dakwah tentang ilmu kefahaman zakat kepada orang ramai, PZD Baling masih aktif dalam memberikan khidmat dalam agenda yang besar ini.

Baru-baru ini pihak PZD Baling, berkesempatan hadir ke Sekolah Kebangsaan Seri Bayu, Baling bagi tujuan menyampaikan taklimat berkaitan zakat pendapatan kepada 24 orang guru muslim di sekolah tersebut.

Taklimat yang disampaikan oleh Ustaz Mansor Musa itu mendapat respon yang amat baik daripada seluruh warga Sekolah Kebangsaan Seri Bayu.

Menurut Ustaz Mansor, kebanyakan guru-guru di Sekolah berkenaan sudah membuat pemotongan zakat mereka, akan tetapi hanya perlu menaksir semula zakat pendapatan tersebut ekoran terdapat kenaikan gaji pada setiap individu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”