PADANG TERAP, 7 MEI 2019 – Beberapa buah kediaman di sekitar daerah Baling baru-baru ini terjejas teruk akibat bencana ribut yang berlaku di kawasan itu.

Hal demikian berlaku disebabkan fasa peralihan monsun yang berlaku pada Mac 2019 lalu, yang lazimnya akan berlaku ribut petir berserta hujan lebat dan angin kencang dalam tempoh yang singkat.

Susulan ribut yang membadai di daerah Baling melibatkan beberapa kawasan telah terjejas antaranya Kampung Bandar dan Kampung Kelian Dalam.

Oleh demikian kebanyakan rumah mangsa mengalami kerosakan yang teruk apabila beberapa buah pokok tumbang dan menghempap rumah mangsa.

Terdahulu pihak pejabat zakat daerah Baling melalui Pegawainya, Ustaz Ahmad Mustaqim mengambil inisiatif turun melihat mangsa kejadian sekaligus menghulurkan sedikit sumbangan kit bantuan.

Dalam pada itu rata-rata mangsa telah diberikan borang bantuan permohonan zakat, bagi bantuan susulan untuk membaikpulih kediaman mereka yang rosak akibat ribut itu. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”