ALOR SETAR, 22 MEI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) telah melancarkan Pusat Bekalan Makanan LZNK di 17 buah masjid dalam Daerah Kota Setar.

Program yang berlansung selama 2 hari itu telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama seluruh 95 buah masjid melalui para penolong amil kariah yang dilantik oleh LZNK.

Program ini merupakan program berkala yang dijalankan oleh LZNK setiap bulan bagi membantu asnaf fakir miskin yang terputus bekalan makanan dalam kariah masing-masing.

Ianya merupakan hasrat dan gagasan murni Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman supaya tiada golongan yang tercicir dan meminta-minta kepada pihak yang tidak sepatutnya.

Setiap masjid yang dilantik menjadi Pusat Bekalan Makanan LZNK mengandungi masjid-masjid dibawah seliaan dan setiap masjid yang terlibat perlu mendapatkan set bantuan barangan makanan daripada pusat bekalan untuk dibawa pulang ke kariah masing-masing sesudah penghantaran dibuat ke pusat bekalan makanan.

Setiap masjid akan menerima 30 set bantuan barangan makanan yang setiap satunya mengandungi 8 item yang diterima ialah beras, sardin, gula, minyak masak, kicap, sos, biskut dan serbuk teh.

Terdahulu Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad berkata, “Pihak zakat bersama para penolong amil kariah sedaya upaya cuba untuk menjejaki asnaf fakir miskin di segenap pelusuk kariah melalui program yang dianjurkan ini dan berharap agar warga kariah yang memerlukan dapat dibantu, setidak-tidaknya dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh asnaf tersebut”.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”