ALOR SETAR, 22 MEI 2019 – Shuib Ahmad sekeluarga bagaikan menemui sinar bahagia apabila Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) baru-baru ini telah menyerahkan sebuah rumah bantuan zakat di bawah skim Bina Rumah Individu kepada mereka dekat Alor Merah.

Perasmian itu dilakukan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang juga merangkap pengerusi Lembaga Zakat Negeri Kedah, Y.B. Dato’ Ammar Dato’ Syaikh Mahmood Naim disaksikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Syeikh Zakaria Othman.

Beliau yang ditemui berkata, penyerahan rumah bantuan ini yang bernilai RM43,000.00 dilakukan setelah mengambil kira tanggungan mereka dan isi rumah memandangkan pendapatan Shuib hanya cukup untuk menyara diri dan keluarganya sahaja.

Tambahnya lagi Projek pembinaan rumah asnaf ini mengambil masa 3 bulan untuk disiapkan dengan kediaman bersaiz 20 x 32 kaki itu dilengkapi 3 bilik tidur serta kemudahan air dan elektrik.

Hanya kata-kata syukur mampu diungkapkan bekas Shuib sekeluarga apabila permohonan bantuan rumah yang dipohon mereka diluluskan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK).

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”