KOTA SETAR, 20 FEBRUARI 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) yang sentiasa cakna dengan isu masyarakat setempat khususnya golongan asnaf berkesempatan turun padang bagi menziarahi mangsa Kebakaran di Daerah Kota Setar.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin Ahmad menceritakan bahawa pihaknya telah menerima laporan daripada penghulu mengenai kebakaran tersebut.

Kebakaran yang berlaku di Taman Seri Indah, Mergong, Alor Setar telah mengakibatkan sebuah rumah teres setingkat hangus dijilat api.

Mangsa, Noor Hayati Ani, 64 tahun, seorang pesara memberitahu bahawa sewaktu kejadian beliau tiada di rumah dan hanya dimaklumkan oleh jiran beliau berkenaan kejadian tersebut.

Setibanya beliau di rumah, hampir 80% keadaan rumahnya telah hangus terbakar, namum begitu beliau tetap tabah dan bersyukur kerana tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Dalam pada itu, pihak Bomba dan Penyelamat Negeri Kedah masih dalam siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar kebakaran tersebut berlaku.

Kebakaran yang berlaku sekitar jam 5.00 petang itu telah mengakibatkan hampir keseluruhan bahagian rumahnya musnah.

Dalam ziarah tersebut, Ustaz Burhanuddin telah menyalurkan Bantuan Wang Ihsan Kecemasan berjumlah RM200.00 beserta Kit Bantuan Makanan Asas LZNK kepada Noor Hayati sekeluarga bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

Dalam pada itu, beliau berkata bantuan susulan akan disalurkan kepada mangsa setelah segala dokumentasi lengkap diserahkan dan mendapat kelulusan daripada pihak atasan LZNK.

“Saya amat berterima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat serta pihak-pihak berkaitan yang banyak membantu saya dalam menghadapi musibah ini. Hanya Allah yang dapat membalas jasa tuan puan semua” ujar Noor Hayati.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf