SIK, 20 FEBRUARI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Sik berkesempatan melawat dan menilai permohonan bantuan baikpulih rumah dalam Kariah Landai bersama penolong amil, Ustaz Elias atau lebih mesra dengan sapaan pak lang Lias.

Sebanyak 8 buah rumah dilawati dan dinilai mengikut kelayakan permohonan.

kelayakan bantuan baikpulih rumah dinilai atas beberapa aspek antaranya mestilah tergolong dalam kategori asnaf fakir miskin, rumah tidak selamat diduduki, bilangan penghuni yang ramai dan pelbagai lagi.

Dalam rekod tahun 2018 Lembaga Zakat Negeri Kedah telah membaikpulih 12 buah rumah dalam qariah Landai dengan peruntukan lebih RM168,000.00.

Tambahan pula Kariah Landai merupakan kawasan pedalaman hujung dalam daerah Sik dan mempunyai banyak dangau atau rumah berdindingkan buluh telah berubah wajah di Landai hasil bantuan daripada Zakat Kedah.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf