KOTA SETAR, 26 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) berkesempatan hadir ke Masjid Az-Zaitun Kampung Lengkuas, Alor Setar bagi menyantuni serta menyampaikan bantuan kepada asnaf dalam kariah berkenaan.

Seramai 38 orang asnaf terpilih menerima bantuan kit makanan asas yang merupakan penerima Bantuan Kewangan Miskin Bulanan LZNK.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad telah menyampaikan ucapan serta menyerahkan bantuan kepada asnaf yang terlibat.

Menurut Burhanuddin, Program ini merupakan program berkala yang dianjurkan oleh Pejabat Zakat Daerah Kota Setar bagi mendekatkan lagi masyarakat khususnya asnaf fakir miskin serta pegawai masjid dengan pihak zakat, katanya.

Pihak zakat cuba untuk memberi pendedahan berkenaan perjalanan agihan zakat itu sendiri iaitu kemana wang zakat diagihkan” ujarnya lagi.

Penolong Amil merangkap imam Kariah Masjid Az-Zaitun Lengkuas, Solehuddin Said, ketika ditemui berkata, beliau mengucapkan terima kasih kerana telah memilih masjid ini untuk jelalah PZD Kota Setar kali ini dan berharap agar program-program seperti ini akan berterusan di masa akan datang.

Dalam pada itu, rata-rata asnaf yang ditemui melahirkan rasa syukur kehadrat Allah SWT serta berterima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat kerana prihatin dan cakna dengan isu masyarakat khususnya asnaf fakir miskin.

Orang awam yang mempunyai sebarang aduan, pertanyaan mahupun cadangan boleh menghubungi Talian Bebas Tol LZNK di talian 1-800-88-1740 atau boleh kunjungi kaunter-kaunter LZNK serta agen amil LZNK di seluruh Negeri Kedah bagi membuat pembayaran zakat. 

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”