KUALA MUDA, 26 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda berkesempatan menziarahi seorang pesakit warga emas yang menghidap penyakit kanser usus, Saidon Nanyan di Kampung Bukit Lalang, Tikam Batu.

Saidon telah disahkan menghidap penyakit kanser usus sejak tahun 2018 lalu, selain itu beliau juga telah selamat menjalani dua pembedahan berasingan pada 2018.

Saidon kini tidak dapat melakukan apa-apa pekerjaan berikutan faktor usia dan kesihatan, beliau juga mempunyai 6 orang anak dan 3 daripadanya sudah berumahtangga.

Beliau yang kini tinggal bersama isteri dan 3 orang anaknya kini terpaksa berulang-alik ke Klinik Kesihatan berhampiran setiap hari untuk tujuan mencuci luka dikawasan pembedahan yang dijalankan.

Selain itu, Saidon juga turut menjalani beberapa rawatan susulan di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani disamping menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Perbelanjaan harian beliau kini hanya bergantung kepada anak-anaknya yang sudah bekerja.

Terdahulu, PZD Kuala Muda bersama penolong amil qaryah Masjid al-Ikhlas, Pulau Sepom, Ustaz Mohd Radzi Abu Seman yang mesra disapa ‘Pak Ngah’ turut menziarahi Saidon sekaligus menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan set kit makanan asas.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”