KOTA SETAR, 14 MAC 2019 – Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) berkesempatan menziarahi 5 keluarga mangsa ribut di Mukim Kubang Rotan, Alor Setar.

Difahamkan 4 keluarga mangsa tinggal di Kampung Lemping dan 1 keluarga mangsa dari Kampung Kuala Sungai.

Kejadian ribut yang berlaku sekitar jam 10:30 malam itu telah menyebabkan beberapa bumbung rumah mangsa diterbangkan angin ribut berikutan angin kencang beserta hujan lebat di kawasan berkenaan.

Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Burhanuddin Hj Ahmad berkata, pihak mereka telah menerima laporan daripada Penghulu Mukim Kubang Rotan mengenai kejadian berkenaan.

Menurutnya, Kejadian ribut di Kubang Rotan bukanlah kejadian yang jarang berlaku, sebaliknya kawasan ini amat berpotensi dilanda ribut kerana berdekatan laut serta kawasan laluan angin.

Dalam pada itu, Mangsa, Ahmad Azhar Sobri, 47 tahun, menceritakan detik-detik cemas bagaimana kejadian tersebut berlaku.

“Ketika kejadian mereka sekeluarga sedang berehat di dalam rumah, dan menyedari kejadian tersebut pada jam 10:30 malam bermula hujan lebat serta dituruti angin kencang hingga menerbangkan keseluruhan bumbung rumah mereka.

Berikutan kejadian tersebut, keadaan rumah mangsa telah berlaku kerosakan yang teruk hingga menyebabkan wayar eletrik terputus dan mengalami kerugian yang dianggarkan sekitar RM6,500.00.

Prihatin dengan keadaan yang menimpa mangsa, PZD Kota Setar telah menyerahkan wang ihsan kecemasan berjumlah RM200.00 beserta Kit Bantuan Makanan Asasi LZNK kepada beliau sekeluarga bagi mengurangkan sedikit beban yang ditanggung beliau.

Burhanuddin berkata, bantuan susulan akan disalurkan selepas borang bantuan dilengkapkan serta perbincangan bersama pihak yang berwajib mendapat reaksi yang positif.

Dalam pada itu, rata-rata mangsa yang ditemui mengucapkan ribuan terima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat di Negeri Kedah serta semua pihak yang membantu ketika mereka ditimpa musibah.

Hadir sama dalam ziarah berkenaan Penghulu Mukim Kubang Rotan, Pegawai khas Ahli Parlimen Kubang Rotan, Wakil Angkatan Pertahanan Awam (APM) Negeri Kedah, serta wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) cawangan Alor Setar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”