BALING, 14 MAC 2019 –Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tidak hanya sekadar membantu menyediakan bantuan jayadiri untuk para asnaf di Negeri Kedah ini.

Akan tetapi, mereka juga turut membantu bagi mengembangkan produk-produk yang dihasilkan oleh para asnaf.

Menyedari akan hakikat tersebut, pihak LZNK melalui Bahagian Pembangunan Ekonomi Asnaf dan PZD Baling berkesempatan bertemu sepasang suami isteri yang mengusahakan kerepek bawang dari Kampung Bukit Puyuh, Baling.

Rohaizat dan isteri sebelum ini pernah mendapat Bantuan Jayadiri daripada LZNK berupa mesin pengadun bahan.

Sehubungan itu, bagi membantu mempertingkatkan produk penghasilan beliau, LZNK telah mengambil inisiatif dengan menempah hampir 100 unit kerepek bawang untuk dijadikan sebagai cenderahati kepada para pelanggan LZNK.

Justeru itu, pihak LZNK berharap agar keluarga Rohaizat terus maju dan berjaya dalam perniagaan dan seterusnya akan menjadi pembayar zakat di Lembaga Zakat Negeri Kedah suatu masa kelak.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”