KULIM, 24 JULAI 2018 – Sementara itu, Pegawai Zakat Daerah Kulim, Ustaz Mohd Khairi Ishak bersama kakitangan beliau, Ustaz Mohamad Firdaus Abdul Wahab berkesempatan  turun padang bagi menziarahi pemohon bantuan baik pulih rumah Mariam Ismail, di sekitar kawasan Kampung Kecil Bagan Sena Estate, Kulim.

Sehubungan itu, dalam beberapa buah rumah yang telah dikujungi terdapat sebuah rumah yang mendapat perhatian pihak Pejabat Zakat Kulim di mana keadaan dinding rumah tersebut telah retak dan berkemungkinan berisiko tinggi untuk runtuh di bahagian dapur rumah tersebut.

Menurut, Ustaz Mohd Khairi, Pihak Pejabat Zakat Daerah Kulim sentiasa menjalankan sisatan ke atas setiap permohonan bantuan pembinaan atau membaiki rumah bagi memastikan mereka layak untuk dibantu dengan wang zakat.

Hal ini kerana, kedua-dua bantuan ini membelanjakan kos yang besar dan kekal kepada setiap penerima bantuan tersebut.

Tambahnya lagi, Pihak Pejabat Zakat Kulim akan memastikan setiap pemohon bantuan disantuni dan akan mengenalpasti tahap kelayakan mereka untuk menerima bantuan zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”