KOTA SETAR, 24 JULAI 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kota Setar (PZDKS) terus cakna dan bertindak pantas apabila mendapati mana-mana individu mahupun penduduk di daerah itu apabila ada diantara mereka yang mengalami musibah ataupun ditimpa ujian.

Susulan daripada fenomena angin monsun barat telah menyebabkan ribut melanda di utara Negeri Kedah berikutan hujan lebat yang berlansung sejak awal pagi hingga lewat petang semalam, Sehubungan itu beberapa kawasan di Daerah Kota Setar telah terjejas akibat fenomena tersebut antaranya Mukim Gunong, Anak Bukit, Tajar, dan Sempadan Daerah Pokok Sena.

Terdahulu, Pegawai Zakat Daerah Kota Setar, Ustaz Burhanuddin bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Agihan dan Pembangunan Asnaf) Ridzuan Ahmad serta Kapten (B) Nasir selaku Ketua Bahagian Pembangunan Asnaf LZNK turut serta dalam misi turun padang bagi menziarahi dan melihat sendiri  keadaan mangsa-mangsa berkenaan.

Dalam masa yang sama, bantuan berupa wang tunai dan kit bantuan makanan asas turut diberikan kepada ahli keluarga mangsa yang terjejas. Manakala bagi penduduk yang terjejas teruk, bantuan susulan akan disalurkan setelah semua dokumen permohonan telah siap diproses sepenuhnya.

Dalam pada itu, Ustaz Burhanuddin bekata, rata-rata penduduk mengucapkan melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada LZNK dan para pembayar zakat kerana membela dan membantu nasib mereka yang ditimpa musibah.

Turut hadir sama dalam misi ziarah tersebut, Pejabat Daerah Kota Setar (PDKS), Penghulu Mukim Kota Setar serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kota Setar.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”