PADANG TERAP, 7 MEI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Padang Terap, baru-baru ini telah mengadakan satu majlis Pencapaian Sekuriti Makanan dikalangan asnaf fakir miskin di sekitar daerah itu.

Majlis tersebut telah diadakan bertempat di Masjid Kampung Masjid, Naka.

Kajian berkenaan Sekuriti Makanan tersebut telah dijalankan oleh beberapa orang Penyelidik Dari Universiti Utara Malaysia (UUM) yang dibiayai sepenuhnya oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melalui Institut Penyelidikan Dan Inovasi Zakat (IPIZ), Universiti Utara Malaysia.

Turut hadir sama dalam majlis tersebut, Ketua Penyelidik daripada UUM, Proffesor Madya Dr. Ahmad Zubir Ibrahim dan kakitangan daripada Pejabat Zakat Padang Terap.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”