SIK, 17 FEBRUARI 2018 – Pegawai Zakat Daerah Sik, Ustaz Khairul Nizam berkesempatan menziarahi Tuan Guru Syeikh Muslim Haji Salleh, Mudir Madrasah
Ar-Rahmaniah, Pondok Tuan Guru Haji Salleh Musa, Sik Kedah .

Tujuan ziarah ini dilakukan adalah untuk mengemaskini maklumat profil Guru Umumi yang berdaftar secara sah dengan Zakat Kedah.

Menurut Ustaz Khairul Nizam, Terdapat 3 orang Guru Umumi dalam daerah Sik telah berdaftar dengan Pejabat Zakat Daerah Sik Antaranya Tuan Guru Haji Zakaria Ismail, Madrasah Irsyadiah Islamiah Pondok Ampang, Tuan Guru Syeikh Muslim Haji Salleh, Madrasah Ar-Rahmaniah Sik, dan Tuan Guru Ustaz Jamaludin Safie, Pondok Kampung Charuk Tok Uban.

Dalam pada itu, Ustaz Khairul Nizam berkata, dengan usaha pihak zakat memberikan penghargaan kepada guru umumi, institusi pondok sedikit sebanyak dapat membantu mengembangkan dan menyuburkan ilmu agama islam di bumi di daerah Sik ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf