SIK, 17 FEBRUARI 2018 – Kariah Masjid Pekan Sik baru-baru ini telah mengagihkan bantuan kepada 10 keluarga asnaf fakir miskin di sekitar kariah tersebut.

Penyerahan bantuan tersebut telah disampaikan oleh Penolong Amil, Ustaz Abd Ghani dan juga Imam Masjid, Ust Ahmad.

Majlis agihan yang dijalankan secara ringkas itu diadakan sejurus selepas solat asar di masjid Ar-Rahman Pekan Sik.

Menurut Ustaz Ghani, beliau sentiasa berusaha untuk menyantuni asnaf fakir miskin dalam qariah pekan sik.

Namun sekiranya masih ada asnaf fakir miskin yang terlepas pandang, mereka boleh berjumpa dengan beliau bagi tujuan memohon bantuan zakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”

Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf