KULIM, 13 MEI 2019 – Pejabat Zakat Daerah Kulim baru-baru ini berkesempatan menziarahi keluarga Mat Tarjeri Jusoh di Flat Kilang Lama Kulim Kedah.

Beliau mempunyai tiga orang anak dan salah seorang daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Beliau bekerja sebagai pembantu di sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya. Manakala Isterinya pula menjual kuih-muih untuk menambah pendapatan keluarga.

Namum begitu pendapatan yang diperoleh Mat Tarjeri dan isterinya tidak mencukupi bagi menampung Kadar bayaran rumah sewa sebanyak RM 200 sebulan.

Menurut Ustaz Mohd Khairi Ishak Pegawai Zakat Kulim semasa ditemui berkata, pihaknya akan meneliti maklumat keluarga ini dengan lebih lanjut dalam usaha membantu meringankan beban keluarga ini.

Satu Kit Bantuan makanan asas turut disalurkan, disampaikan oleh Ustaz Mohd Khairi Ishak kepada Mat Tarjeri Bin Jusoh.

Bantuan sewajarnya akan disalurkan kepada keluarga ini setelah proses dokumentasi diselesaikan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”