13 Julai 2017 – Misi penjelajahan seluruh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dalam agenda agihan semula zakat 3/8 oleh Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) hari ini ke PPD Kuala Muda/Yan dan menjadi PPD ke-2 selepas PPD Langkawi yang telah berlangsung pada 6 Julai lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LZNK, Haji Zakaria Bin Othman berkata, misi penjelajahan ini dibuat adalah bersifat umum selain membawa agenda agihan semula zakat pendapatan kepada kakitangan sekolah melalui PPD masing-masing.

…selepas ini kita (LZNK) akan membuat tawaran kepada sekolah-sekolah agama yang mana mereka boleh memilih untuk menjadi agen sah kita atau pun tidak dan jumlah agihan semula ini akan kita berikan semula kepada sekolah-sekolah ini.

Beliau turut mengulas misi ini bakal mengubah perspektif masyarakat umumnya apabila bantuan sebegini dilaksanakan dalam membantu institusi pendidikan seluruh negeri Kedah.

Turut hadir, Pegawai Daerah Kuala Muda/Yan serta Ketua Sektor Pendidikan Islam Negeri Kedah, Haji Mohamad Zaki Bin Husin.

Majlis tersebut turut meyaksikan sejumlah RM390,000.00 bantuan Pakaian Seragam Penuntut Miskin diagihkan kepada 65 buah sekolah melalui Pegawai PPD Kuala Muda/Yan.