31 Januari 2017 – Sebanyak RM1,107,600.00 diagihkan kepada 1,718 orang guru agama kampung yang melibatkan lima (5) daerah iaitu daerah Kota Setar, daerah Pendang, daerah Yan, daerah Pokok Sena dan daerah Padang Terap.

Majlis yang dirasmikan oleh Y.Bhg. Dato’ Syeikh Ghazali bin Haji Yaacob, selaku Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) itu turut menarik perhatian media apabila wartawan Sinar Harian, Metro dan Berita Harian serta BERNAMA serta wartawan portal atas talian, KL Express hadir membuat liputan.

…hari ini kita (LZNK) agihkan RM1.1 juta lebih kepada guru-guru agama kampung yang telah menabur bakti dan berdakwah dengan mengajar budak-budak mengenali agama Islam, lebih penting lagi mengajar depa (mereka) kenal tuhan depa.

Daripada jumlah itu, seramai 528 orang penerima daripada daerah Kota Setar, 190 orang daripada daerah Pokok Sena, 479 orang daripada daerah Pendang, 208 orang bagi daerah Yan dan 313 orang penerima bagi daerah Padang Terap.

…kita (LZNK) berharap agar kesemua yang hadir bagi mendapatkan bantuan ini menjadi ejen kepada kami dalam menafikan segala kemungkinan viral yang dilihat semakin menular dikalangan kita pada hari ini yang menjatuhkan imej Zakat sebagai sebuah institusi agama Islam.

 

news_guru-agama_ks-2017_2 news_guru-agama_ks-2017_3