BANDAR BAHARU, 3 SEPTEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Bandar Baharu melalui pegawainya Hj Md Shariff Md Isa baru-baru ini telah membuat satu lawatan bagi memantau projek bantuan bina rumah fasa 1, 2018 bagi daerah itu.

Tujuan pemantauan adalah untuk memastikan projek berkenaan berjalan dengan sempurna dan siap dalam kadar mengikut waktu yang telah ditetapkan dan mengikut spesifikasi.

Difahamkan, jumlah bilangan pemantauan untuk pembinaan ini adalah sebanyak 5 buah rumah manakala Qaryah yang terlibat ialah Qaryah sungai kecil ilir dan sungai taka.

Menurut beliau, kos pembinaan untuk 5 buah rumah ini telah menelan belanja sebanyak RM 215,000.00 yang mana setiap satu buah rumah bernilai RM43 ribu.

Beliau berkata pada tahun lalu PZD Bandar Baharu telah membina sebanyak 16 buah rumah di sekitar daerah itu.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf