SIK, 3 OKTOBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Sik telah membuat serahan agihan zakat kepada penerima baru bagi Bantuan Miskin Bulanan di Daerah Sik dengan wang sejumlah RM34,500 bagi 145 orang golongan asnaf yang hadir pada hari itu.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Sik, serahan agihan zakat yang dilakukan ini adalah pada peringkat permulaan di mana, bantuan diagihkan secara tunai terlebih dulu.
Namun, selepas penerima zakat mengemaskini buku akaun mereka, wang bantuan tersebut akan dikreditkan terus ke akan penerima bantuan itu pada setiap bulan.

Tambahnya lagi, seramai 1193 orang penerima bulanan zakat yang telah berdaftar di Daerah Sik ini dengan peruntukan wang sebanyak RM297,000 sebulan.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf