YAN, 4 OKTOBER 2018 – Sempena Program Pertandingan ‘Imarah Surau Sekolah Peringkat Kebangsaan’ yang diadakan baru-baru ini, Pejabat Zakat Daerah Yan, yang diwakili oleh Haji Logman Hussain  telah menyampaikan taklimat serta pencerahan berkenaan Zakat Pendapatan kepada pelajar dan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Yan  Besar.

Menurut Haji Logman, taklimat lebih tertumpu kepada Konsep Umum Zakat. ini kerana ramai di kalangan pelajar sekolah kurang didedahkan perkara berkenaan zakat samada dari sudut kutipan dan juga agihan.

pihak zakat daerah yan berharap agar taklimat yang diadakan ini dapat memberi pencerahan yang lebih terperinci kepada para pelajar dan guru khususnya tentang zakat pendapatan memandangkan para guru tergolong dalam golongan berpendapatan tinggi.

Justeru itu, semoga usaha yang dilakukan oleh pihak LZNK ini memberi kesedaran kepada masyarakat akan kepentingan berzakat.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf