BANDAR BAHARU, 13 NOVEMBER 2018 –Bertempat di dewan seminar Masjid Al-Fateh Serdang,Kedah, telah berlangsungnya satu majlis penyerahan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran ke Institut Pengajian Tinggi sesi 2018.

Pegawai Zakat Daerah Bandar Baharu, Md Sharif Md Isa, telah memberi penerangan tentang peranan Lembaga Zakat Negeri Kedah serta kedudukannya. Disamping itu, beliau juga turut memberikan kefahaman beberapa jenis zakat serta skim-skim agihan yang dilaksanakan.

Dalam pada itu, majlis penyerahan bantuan ini telah diagihkan kepada seramai 75 orang penerima yang berjumlah sebanyak RM 69, 800.00.

Sejurus selesai majlis penyerahan tersebut, Pejabat Zakat Bandar Baharu terus bergegas ke Kampung Ayer puteh bagi meninjau kerja-kerja baik pulih rumah yang sedang dijalankan di mana rumah sebelum ini yang reput hampir 80% sebahagian rumah itu telah menyebabkan pihak kontraktor perlu merobohkan keseluruhan rumah tersebut dan membina bangunan yang baru.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf