KUBANG PASU, 19 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Kubang Pasu baru-baru ini berkesempatan menziarahi Rokiah Hassan, 42 tahun bagi tujuan menyerahkan bantuan jaya diri berupa ketuhar dan penguli tepung di pekan Kodiang Kedah.

Rokiah atau lebih mesra dengan sapaan ‘kak Kiah’ telah menjalankan perniagaan makanan seperti kek dan juga kuih muih di pasar pagi bersama suami beliau bagi menampung perbelanjaan keluarga.

Menurut beliau, dengan bantuan yang diterima ini secara tidak langsung dapat memudahkan kerja serta menambah kuantiti penghasilan kek yang dijualnya kerana permintaan orang ramai yang semakin tinggi.

Terdahulu, bantuan tersebut telah diserahkan oleh wakil PZD Kubang Pasu Ustaz Rokhaimi Mat Saad.

Dalam pada itu, Rokiah turut menzahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada LZNK dan juga pembayar zakat di negeri Kedah kerana membantu beliau dapat mendapatkan bantuan yang sedemekian.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf