BALING, 30 DISEMBER 2018 – Pejabat Zakat Daerah Baling, bersama Imam Masjid AlHijrah Charok Nau, dan UEM Group Berhad telah mengadakan satu program agihan bantuan kelengkapan sekolah kepada murid-murid sekolah sekitar daerah Baling.

Program yang bertemakan “Back To School” ini turut melibatkan hampir 185 orang penerima bantuan yang akan memasuki tahun 1 dan Tingkatan Satu pada tahun hadapan bagi sesi persekolahan 2019.

Bantuan ini merupakan bantuan CSR daripada United Engineering Malaysia Group (UEMG) Bhd.

Menurut Pegawai Zakat Daerah Baling, Ustaz Ahmad Mustaqim Zainul abidin dalam ucapan beliau memaklumkan, bantuan ini diserahkan kepada penerima anak-anak asnaf zakat di daerah baling yang terdiri daripada penerima bulanan LZNK.

Penerima bantuan ini juga turut menerima bantuan berupa dua pasang baju, seluar, kain, beg sekolah, stokin dan juga kasut sekolah.

Dalam pada itu, Rata-rata penerima yang hadir mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat terutamanya pihak zakat yang membantu memilih anak2 mereka sebagai penerima hari ini.

350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF?? HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN” Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740 No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf