ALOR SETAR, 09 FEBRUARI 2020 – Status sebagai seorang mualaf sama sekali tidak menghalang kira-kira 200 individu untuk meneruskan tradisi kebudayaan mereka menyambut kedatangan Tahun Baharu Cina di Dewan Ukir Mall.

Rata-rata individu mualaf yang ditemui menghargai penganjuran majlis anjuran Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) tersebut kerana membantu mengeratkan hubungan sesama mereka.

Menurut salah seorang peserta, Sabira Tai Abdullah, 53, beliau tidak pernah sama sekali ymelupakan asal-usulnya yang berasal dari keluarga Cina dan sentiasa mengambil peluang untuk meneruskan tradisi kebudayaan yang tidak bertentangan dengan agama Islam.


Syeikh Zakaria (CEO LZNK) bersama dif kenamaan dalam acara mengaul Yee Sang yang menjadi tradisi masyarakat berbangsa cina 

“Bagi saya perubahan agama sama sekali tidak akan mengubah jati diri dan kebudayaan kami. Budaya yang ada perlu dikekalkan dan diwariskan kepada anak-anak.

“Dari segi kebudayaan, tradisi dan makanan, semua itu masih terus kekal dalam kehidupan dan keluarga saya. Selagi tidak bercanggah dengan Islam, semua itu akan diteruskan,” katanya ketika ditemui media pada majlis tersebut.

Sementara itu Pengerusi Persatuan Cina Muslim (MACMA) Kedah dan Perlis, Khalid Foo Abdullah, 70, menyatakan rasa syukur di atas penganjuran majlis tersebut. ‘


Syeikh Zakaria (CEO LZNK) beramah mesra bersama para Saudara Baru yang hadir pada Sambutan Tahun Baru Cina tersebut

Menurunya, usaha dijalankan LZNK itu menampakkan betapa golongan mualaf di negeri ini sentiasa dihargai dan diingati.

“Kami sudah berhijrah kepada Islam tetapi dalam hal-hal yang tidak mengganggu akidah, itu tetap kami teruskan kerana perkara ini melibatkan hal kebudayaan.

“Paling penting kehadiran majlis pada hari ini turut melibatkan kaum-kaum lain dan aini memberi peluang kepada semua pihak untuk menjalin silaturahim selain mendalami kebudayaan, merasai masakan tradisi kaum Cina,” katanya.


Sebahagian tetamu jemputan dalam program yang diadakan tersebut

Disunting Oleh : Unit Media Lembaga Zakat Negeri Kedah


350 TAHUN SERUAN BERZAKAT DI KEDAH

“PEDULI ASNAF??

HUBUNGI ZAKAT KEDAH DI TALIAN”
Talian Bebas Tol : 1800 – 88 – 1740
No.Tel Zakat : 04-731 1740

“Zakat Merubah Kehidupan Asnaf”